Nota

Perbezaan Gerhana Matahari dan Bulan


Secara amnya, gerhana ialah fenomena yang berlaku apabila cahaya bulan atau cahaya matahari tidak sampai ke bumi, sama ada bayang-bayang bulan terbentuk di permukaan bumi atau pun bulan terlindung oleh bayang-bayang bumi.
Mengapa gerhana berlaku ?

Faktor yang menyebabkan gerhana berlaku ialah :

1.  Bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan lurus.
2. Cahaya bergerak dalan garis lurus.
3. Cahaya tidak boleh menembusi objek legap.
Terdapat dua jenis gerhana, iaitu :

1. Gerhana matahari






gerhana matahari paling lama dalam abad ke 21, berlaku di gauhati, india pada julai 2009.

 2. Gerhana bulan.

 
Apakah perbezaan kedua-duanya ?
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi dalam satu garis lurus.
  • Gerhana matahari berlaku di kawasan bumi yang mengalami siang hari.
  • Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan.
  • Gerhana bulan berlaku di bahagian bumi yang mengalami waktu malam.


    Persembahan Power Point


Tiada ulasan:

Catat Ulasan