Rabu, 6 Jun 2012

Gerhana bulan

Adik-adik, apakah itu Gerhana Bulan ??? 
Ingin tahu? mari tonton video menarik ini....
Seronokkan !!! maksudnya, gerhana bulan berlaku apabila bulan terlindung oleh bayang-bayang bumi semasa ia beredar mengelilingi Bumi.


Ok, sekarang, mari kita lihat pula bagaimana gerhana bulan terjadi. jom tonton video ini...
Wah ! seronokkan adik2... gerhana bulan merupakan satu fenomena alam yang menakjubkan... sekarang, untuk faham lebih lanjut tentang konsep gerhana bulan.. mari kita lihat demo di bawah....
Ok, tentu sekarang adik2 sudah fahamkan bagaimana gerhana bulan boleh berlaku. Sekarang, kalau adik-adik diminta untuk melukis rajah gerhana bulan, bagaimana caranya ???


Cuba lihat vid di bawah...
Wah ! kini adik2 sudah arif tentang gerhana bulan. 


Akan datang, kita akan teroka pula tentang gerhana matahari..
Tunggguuu .....

Khamis, 10 Mei 2012

Gerhana Bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011

Gambar kenit bagi versi pada 12:04, 4 Mac 2007


Fail:Eclipse lune.jpg 


Gerhana Matahari

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

Gerhana Matahari


Gerhana Matahari



Terdapat empat jenis gerhana matahari: 
  
1. Gerhana berlaku apabila Matahari sepenuhnya dikaburi oleh Bulan. Cakera yang gigih cerah Matahari digantikan oleh bayang gelap Bulan, dan korona perlahan dan banyak boleh dilihat. Semasa gerhana mana-mana satu, keseluruhan boleh dilihat hanya dari pada trek yang sempit di permukaan Bumi.

2. Gerhana anulus berlaku apabila Matahari dan Bulan adalah tepat selaras, tetapi saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus, sekitar garis Bulan. 

3. Gerhana hibrid (juga dipanggil anulus / jumlah gerhana) peralihan antara jumlah gerhana dan anulus. Di beberapa tempat di permukaan Bumi, ia boleh dilihat sebagai gerhana penuh, manakala yang lain, ia adalah anulus. Gerhana hibrid perbandingan jarang berlaku.

4. Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat selaras dan Bulan hanya sebahagian mengaburi Matahari. Fenomena ini biasanya dapat dilihat daripada sebahagian besar Bumi di luar trek gerhana anulus atau jumlah. Walau bagaimanapun, sesetengah gerhana hanya boleh dilihat sebagai gerhana separa, kerana Umbra tidak pernah bersilang permukaan Bumi, lulus di atas kawasan-kawasan kutub Bumi.



NASA-solar eclipse STEREO-B.ogg

Gerhana

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:

Fail:Solar eclips 1999 6.jpg


 


Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

Solar eclipse animate (2009-Jul-22).gif


Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut. Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.